Menurut pakar keselamatan, perkara itu adalah berdasarkan skala dan teknik pencerobohan yang dilakukan.

Republik itu mengumumkan bahawa ada pihak menceroboh pangkalan data kerajaan dan mencuri rekod kesihatan 1.5 juta rakyat Singapura, termasuk Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, yang menjadi sasaran utama.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Singapura menyatakan bahawa serangan itu adalah ‘serangan siber yang disengajakan, disasarkan dan dirancang sempurna dan bukan kerja pencerobohan atau kumpulan penjenayah biasa.’

Walaupun pegawai enggan memberi komen mengenai identiti penceroboh dengan alasan ‘operasi keselamatan’, pakar memberitahu tahap kesukaran serangan dan fokus kepada sasaran berprofil tinggi seperti Perdana Menteri menunjukkan ia adalah perbuatan orang dalam. – AFP