Pejabat Hak Asasi Manusia PBB mendakwa mereka menerima laporan yang membimbangkan dari Afrin tentang kematian dan kecederaan orang awam ekoran serangan dari udara dan darat.

Jurucakap badan itu, Ravina Shamdasani secara khusus menegaskan tentang laporan orang awam dilarang daripada meninggalkan bandar Afrin oleh militia Kurdis dan ditahan untuk dijadikan perisai manusia.

Sejak Turki melancarkan serangan udara dan darat di Afrin sejak 20 Januari lalu, sekurang-kurangnya 245 orang awam termasuk 41 kanak-kanak terbunuh. - AFP