Majlis pelancaran tersebut diadakan serentak dengan tayangan khas filem Avengers: Endgame, di sini hari ini.

Bagi peminat The Avengers, telefon ini sememangnya memenuhi citarasa mereka, bukan sahaja daripada segi kosmetik, tetapi juga teknikal.

OPPO F11 Pro edisi terhad Marvel's Avengers
OPPO F11 Pro edisi terhad Marvel's Avengers 

Jika dibandingkan dengan model Oppo F11 Pro biasa, edisi terhad ini hadir dengan warna Space Blue, dengan corakan hexagon pada belakangnya. Di samping itu, warna tersebut turut mengaplikasi efek kecerunan warna apabila dilihat dari sudut yang berlainan, ditambah dengan hiasan logo 'Avengers' dalam warna merah yang menyerlahkan lagi kelainan telefon tersebut.

OPPO F11 Pro edisi terhad Marvel's Avengers
Pakar Produk OPPO Malaysia, Ray Wong menerangkan nilai estetik OPPO F11 Pro edisi terhad Marvel's Avengers pada majlis pelancarannya, hari ini. - UTUSAN ONLINE

Telefon edisi terhad ini turut dilengkapi dengan sarung pelindung yang bertemakan Captain America, lengkap dengan penyangkut jari yang diinspirasikan daripada perisai adiwira tersebut.

Spesifikasi model ini adalah hampir sama dengan model Oppo F11 Pro dari segi kamera depan dan belakang, sistem operasi dan penggunaan VOOC 3.0. Bezanya, model edisi khas ini dipertingkatkan dari segi memori, dengan 6Gb RAM dan ruang penyimpanan sebesar 128Gb.

Telefon pintar edisi khas hasil kerjasama di antara Oppo bersama Marvel Studios ini hanya boleh didapati di pasaran negara-negara Asia Tenggara (kecuali Singapura), Bangladesh, Sri Lanka, Nepal, Mesir, Maghribi, Kenya, Nigeria dan India. 

OPPO F11 Pro edisi terhad Marvel's Avengers
 

Pra-tempahan edisi terhad ini mula dibuka hari ini sehingga 3 Mei, dan boleh dibuat di Kedai Rasmi Oppo dan pengedar yang sah, atau secara dalam talian di laman web rasmi Oppo, kedai online Celcom dan rakan e-dagang seperti Lazada, Shoppee dan GoShop.

Oppo  F11 Pro edisi terhad Marvel's Avengers ini berharga RM1,399. - UTUSAN ONLINE