Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Operasi Masyair Haji 2017 selesai

3

MEKAH 4 Sept. - Operasi Masyair yang merupakan kemuncak ibadah haji telah diisytiharkan tamat secara rasminya malam tadi dengan kesemua jemaah haji Malaysia yang berada Mina telah kembali semula ke Mekah lewat petang ini.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman selepas solat isyak di ibu pejabat Tabung Haji bangunan Abraj Al-Janadriyah di sini malam tadi.

"Alhamdullilah, kemuncak operasi haji ini telah dapat dilaksanakan dengan baik. Maka saya sebagai Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, dengan lafaz membesarkan Allah, saya dengan ini mengisytiharkan Operasi Masyair yang menjadi kemuncak kepada operasi haji 1438 hijrah ini ditamatkan dengan sepenuhnya," katanya di hadapan petugas Tabung Haji yang turut didengar melalui alatan sistem Bravo yang dipakai petugas di beberapa lokasi sekitar Tanah Suci ini.

Katanya, dengan berkat usaha scara berpasukan dan komitmen yang tinggi, yang ditunjukkan semua petugas kejayaan itu dapat dicapai dengan izin Allah.

"Pada hari ini, mulai pukul 6.59 pagi bas pertama telah pun bergerak dari Mina menuju Mekah dan bas terakhir telah meninggalkan Mina adalah pukul 2.20 petang tadi.

"Selaras dengan itu, petugas di operasi Masyair ini telah melakukan pemeriksaan terperinci, melihat dan menyemak semua kawasan termasuk khemah penginapan, lorong-lorong serta laluan ke Kompleks Jamrah dan telah mengesahkan bahawa tiada lagi jemaah haji Malaysia berada di bumi Mina pada pukul 3.20 petang," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain