Pengarah Operasi Mekah 1438 Hijrah, Datuk Ahmad Sohaimi Abd. Rahim berkata, pusat khidmat itu, di mana jemaah haji mendapatkan pelbagai maklumat serta menyampaikan aduan amat berkesan dalam membantu hal ehwal jemaah secara keseluruhannya.

"Kita telah membahagikan aduan itu kepada tiga kategori iaitu, ringan di mana boleh diselesaikan pada waktu itu juga, sederhana iaitu diselesaikan dalam tempoh satu atau dua hari, manakala satu lagi adalah aduan berat yang memerlukan masa untuk diselesaikan," katanya pada sidang akhbar di Wisma Tabung Haji Hotel Abraj Al-Janadriyah di sini hari ini.

Sehingga 1 Ogos lalu, sebanyak 91 aduan diterima pusat khidmat ini dengan kebanyakkannya melibatkan hal bagasi, yang mana telah pun diselesaikan. - UTUSAN ONLINE