Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah berkata, golongan itu yang mempunyai isu percukaian dinasihatkan untuk tampil kepada pihaknya segera.

Beliau berkata, operasi tersebut yang akan dilaksanakan seluruh negara itu dijangka bermula bulan depan atau Oktober.

“Berdasarkan analisis risiko, maklumat dari pelbagai pihak termasuk pihak ketiga serta analisis Bank Negara Malaysia (BNM), terdapat dalam kalangan golongan itu yang tidak mengisytiharkan pendapatan mereka.

“Jadi, saya nasihatkan kepada mereka untuk datang ke LHDN dan membuat pendedahan sukarela (sebelum operasi ini dijalankan),” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Perhimpunan Merdeka 2017 LHDN di sini hari ini.

Ditanya tentang dakwaan LHDN sengaja menyasarkan terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anak-anaknya dalam siasatan berhubung percukaian, Sabin berkata, lembaga itu tidak mengamalkan siasatan selektif atau bermotifkan politik. - UTUSAN ONLINE