Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) akan menyiasat serangan itu yang dakwa pihak berkuasa kesihatan Syria membunuh seorang kanak-kanak selain mengakibatkan simptom yang sepadan dengan pendedahan terhadap gas klorin.

Pemimpin politik di Perancis, Amerika Syarikat dan United Kingdom berkata mereka akan menyokong tindakan ketenteraan diambil ke atas Damsyik jika terbukti tentera Syria ada menggunakan senjata itu ke atas rakyatnya.

Langkah OPCW itu diumumkan ketika jet pejuang Syria terus membedil Ghouta Timur hari ini di sebalik cadangan gencatan senjata selama lima jam oleh Rusia bagi membenarkan kira-kira 400,000 penduduk yang terkepung keluar daripada wilayah terbabit. - REUTERS