Dalam pertandingan tahunan anjuran syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB) itu, pasukan yang diketuai oleh Amran Abdul Rahman,36, berjaya mengalahkan 14 pasukan lain yang mengambil bahagian.

Kemenangan itu membolehkan pasukan berkenaan yang ahlinya bekerja dalam bidang kejurulatihan aktiviti sungai digeruni pasukan lawan.

Selaku juara mereka membawa pulang wang tunai, sijil penyertaan dan medal.

Tempat kedua diraih oleh kumpulan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dari Gopeng, Perak, manakala tempat ketiga milik pasukan Libang juga dari Gopeng.

Bagi kategori campuran pasukan Radak Adventure muncul johan.

Mereka berjaya mengalahkan pasukan BGA ditempat kedua dan KSRS di tempat ketiga.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff. - UTUSAN ONLINE