OMAR MAMMAH
OMAR MAMMAH

Beliau menggantikan Datuk Ramli Din yang telah dilantik sebagai Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas antara Ramli dan Omar berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini hari ini, disaksikan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Asri Yusoff.

Omar dalam ucapannya berjanji akan mengekalkan legasi kepimpinan cemerlang Ramli sepanjang mengepalai kontinjen Negeri di Bawah Bayu itu.

"Sebagai pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah saya akan teruskan dasar-dasar kepimpinan yang telah digariskan oleh Ramli dan dalam kelaksankan kan tugas ini saya akan berpandukan prinsip yang telah ditetapkan.

"Oleh itu saya memerlukan kerjasama daripada semua semua pegawai kanan, anggota IPK Sabah serta ketua-ketua polis daerah dapat memainkan peranan masing-masing dalam meneruskan segala yang dirancang sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Ramli yakin Omar mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik kerana mempunyai pengalaman yang banyak menganai polis Sabah.

"Beliau sebelum ini pernah memegang lima jawatan di IPK Sabah dan sudah tentu pengalaman itu beliau manfaatkan sebaik mungkin untuk memastikan polis Sabah terus maju ke hadapan," katanya. - BERNAMA