Pertemuan pastinya dalam suasana tegang berikutan pengumuman Pence bahawa Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in menyokong langkah yang diambil AS bagi mengekang program nuklear Korea Utara.

Pence berkata, Moon sedar keberkesanan sekatan yang dilaksanakan hingga memaksa Korea Utara kembali ke meja rundingan.

"Presiden Moon menegaskan menyokong kuat tekanan berterusan terhadap Korea Utara,” kata Pence kepada pemberita.

Beliau berkata demikian semasa membuat kunjungan tugu peringatan 46 kelasi kapal terbunuh pada 2010 setelah kapal perang tenggelam akibat ledakan torpedo yang didakwa dilancarkan oleh Korea Utara.

Pence tiba di semalam mengadakan pertemuan dengan Moon dan kedua-dua mereka mengulangi komitmen untuk meredakan ketegangan yang berpunca daripada tindakan Korea Utara meneruskan program senjata nuklear sekaligus melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kim Yo Jong, pemimpin Korea Utara yang juga adik kepada Kim Jong Un, dalam pada itu tiba dengan jet peribadi untuk perasmian temasya sukan tersebut.

Pesawat dinaiki Yo Jong berwarna putih tertera nama Republik Demokratik Rakyat Korea Utara dan bendera Korea Utara.

Yo Jong dan delegasinya disambut oleh pegawai kerajaan, sebelum menaiki kereta api laju menuju ke Pyeongchang.

Beliau sempat melemparkan senyuman ke arah jurugambar yang sedang mengambil gambar ketika orang ramai berpusu-pusu untuk mengambil gambarnya yang merupakan ahli keluarga pemimpin Korea Utara yang menjejak kaki ke Korea Selatan. - REUTERS