Pengarah Urusannya, Habibul Ajmi Manggar berkata, pihak­nya menafikan ke­nyataan yang dikongsi dalam laman sosial tersebut serta memandang serius perkara ber­kenaan.

Katanya, dakwaan itu dilihat cuba mengaibkan selain boleh menjejaskan perniagaan serta imej produk dan syarikat selain memudaratkan aliran pendapatan atau keuntungan OK Group.

“Kita mengenal pasti terdapat enam pemilik portal dan Facebook melaporkan bahawa syarikat Orang Kampung adalah milik bilionair terkenal Robert Kuok tanpa merujuk kepada OK Group terlebih dahulu.

“Sehubungan itu, kami me­nun­tut permohonan maaf secara terbuka daripada enam pemilik laman tersebut untuk memperbetulkan keadaan,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma OK, Serkam di sini, hari ini.

Habibul Ajmi berkata, pihak­nya menerima banyak panggilan dan pertanyaan daripada pengguna bagi mengetahui isu berke­naan termasuk status syarikat bumiputera atau sebaliknya.

Kata beliau, pihaknya akan membuat laporan polis selain mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat.

Enam pautan di laman Facebook berkenaan adalah Says, Berita Steady, Oh My Media, Resepi Orang Kampung, Saya Orang Johor dan PenMerah [dot] com.