Keadaan kereta dinaiki dua lelaki yang terlibat dalam kemalangan di pusat bandar Puchong, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pu­kul 7 pagi itu, mangsa, Lim Ji Qin, 28, meninggal dunia di tem­pat­ kejadian akibat tercampak dari­pada kereta Volkswagen Jetta yang dipandu rakannya yang terselamat, Tan Zi Xuan, 27.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, ketika kejadian, kedua-dua kenderaan datang dari arah Sunway menghala ke Putrajaya.

“Kenderaan Volkswagen Jetta itu dipercayai dipandu laju di lo­rong kiri sehingga tidak sempat mengelak lori satu tan yang turut berada di lorong sama.

“Akibat rempuhan tersebut,­ lori berkenaan terbabas ke bahu kiri jalan manakala kereta ke ba­hu kanan jalan,” jelasnya dalam kenyataan di sini.

Tambah Megat Mohamad Ami­nuddin, ketika kejadian, cua­ca dan lalu lintas berada dalam ke­adaan baik serta lancar.

“Mangsa yang cedera dan me­ninggal dunia dibawa ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan serta bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.