Memorandum disampaikan Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock kepada Ketua Menteri, Adly Zahari berhampiran kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka, Bukit Peringgit di sini.

Huat Hock berkata, terdapat kira-kira 112 pembantu guru berstatus kontrak di seluruh Melaka yang tidak dilanjutkan perkhidmatan sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan mereka.

“Sebelum ini, kesemua pembantu guru yang bekerja dalam sektor awam itu turut berdepan tekanan kerana tidak diserap menjadi pekerja tetap bahkan perlu memperbaharui kontrak setiap tiga bulan.

“Saya terkejut perkara seperti ini boleh berlaku dalam kalangan penjawat awam dan berharap kerajaan Pakatan Harapan dapat mengambil tindakan sewajarnya mengatasi isu ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE