Presidennya, Kamarozaman Abdul Razak berkata, seramai 412 pembantu guru yang dikenali sebagai PT Rintis terjejas ekoran tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan mereka dan sehubungan itu NUTP merayu kontrak mereka dilanjutkan dan diserap ke jawatan tetap.

“Kita merayu agar perkhidmatan mereka disambung semula selepas ditamatkan pada 30 Jun ini.

“Pembantu guru sambilan di dua negeri tersebut memohon agar mereka dapat diserapkan ke dalam perjawatan tetap, seiring hasrat kerajaan untuk mewujudkan jawatan pembantu pengajar bagi mengurangkan beban guru,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu, satu memorandum akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam masa terdekat, kata beliau. – UTUSAN ONLINE