Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Nur Amirah peroleh undian tertinggi

KEHEBATAN Nur Amirah Syahira Azizul Abidin semakin mendapat perhatian
KEHEBATAN Nur Amirah Syahira Azizul Abidin semakin mendapat perhatian umum.

KUALA LUMPUR 23 April – Pemain dram cilik, Nur Amirah Syahira Azizul Abidin, 12, memperoleh undian tertinggi dalam pertandingan Hit Like A Girl 2015 bagi kategori umur bawah 18 tahun.

Pelajar tahun enam dari Sekolah Kebangsaan Permai Indah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu memperoleh sebanyak 3,003 undian selepas tempoh mengundi yang dibuat secara dalam talian ditutup pada pukul 12 tengah hari ini waktu tempatan.

Dalam pertandingan yang dibuat menerusi muat naik video di laman web www.hitlikeagirlcontest.com itu, Nur Amira bersaing dengan 118 peserta lain dari seluruh dunia.

Mengikut peraturan pertandi­ngan, 10 peserta yang mendapat undian tertinggi layak memasuki peringkat akhir yang akan dinilai pula oleh juri profesional bermula esok sebelum penentuan pemenang pada 7 Mei ini.

Hit Like A Girl 2015 merupakan pertandingan bermain dram yang penyertaannya hanya terdiri daripada peserta wanita dengan dibahagikan kepada dua kategori iaitu umur 18 tahun ke atas dan bawah 18 tahun.

Sejak dianjurkan pada 2011 oleh syarikat alat muzik antarabangsa, TRX Cymbals, pertandingan itu berjaya menarik penyertaan seba­nyak 700 peserta daripada 42 buah negara.

Selain melalui undian daripada pelayar internet, pemilihan peserta ke peringkat akhir turut dibuat oleh juri profesional yang menilai bakat peserta melalui teknik, penghayatan, kreativiti dan persembahan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain