Dalam nukilan yang dicoretkan di laman Kelab Che Det, Siti Hasmah meluahkan kegusarannya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moahmad yang kini terpaksa 'mencatu' waktu tidurnya bagi menjalankan tugas-tugas negara.

"Saya risaukan kesihatan Tun yang tidak cukup tidur. Waktu tidur beliau digunakan untuk teliti setiap dokumen kerajaan.

"Dalam satu malam beliau teliti lebih 200 dokumen sehingga 4 ke 5 pagi, 7 pagi beliau sudah ada di pejabat," cetus Siti Hasmah pada paparan tersebut. - UTUSAN ONLINE