Pengerusi Sosial dan Kebajikan,  Yayasan IJN,  Datin Seri Zuraida Raja Mansor berkata Yayasan IJN amat bergantung pada sokongan daripada penderma korporat dan individu serta mengharapkan lebih banyak syarikat menyumbang bagi menyembuhkan penyakit jantung yang dihidapi oleh kanak-kanak.

“Kami amat berterima kasih kepada Nu Skin sebagai salah satu daripada rakan kongsi korporat yang berupaya dan amat menghargai sokongan syarikat Nu Skin selama ini terutamanya dalam membantu pembiayaan rawatan bagi mereka yang kurang bernasib baik supaya boleh mendapatkan rawatan di IJN, “ katanya.

Yang turut hadir,  Pengurus Besar Nu Skin Malaysia dan Brunei,  David Cheong berkata,  selain memberikan model perniagaan yang bermanfaat kepada pengedar, Nu skin juga turut melakukan khidmat sosial kepada komuniti.

“Melalui kerjasama kami dengan Yayasan IJN, peluang baru telah diberikan kepada pesakit untuk menjalani kehidupan yang sihat dan normal walaupun mereka penghidap penyakit jantung kongenital ini adalah salah satu khidmat sosial kami dalam membantu masyarakat yang memerlukan sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka, “ katanya disini hari ini.

Nu Skin Southeast Asia Children Heart Fund (SEACHF) ditubuhkan untuk membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kongenital di Asia Tenggara.

Setakat ini, SEAHCF telah menyelamatkan lebih 9,000 kanak-kanak yang dilahirkan dengan penyakit jantung kongenital di rantau ini. - UTUSAN ONLINE