Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

NTP beri inspirasi 
wanita berjaya

Mohaiyani 3
Mohaiyani

SHAH ALAM 24 Mei - Kisah kejayaan anak muda kelahiran Tawau, Sabah, Anniza Soh yang diberi kepercayaan berkhidmat dengan sebuah syarikat perkhidmatan medan minyak terbesar di dunia, Schlumberger, patut menjadi ins­pirasi kepada belia wanita di negara ini untuk lebih berusaha.

Anniza, 31, berkata, menerusi inisiatif Program Transformasi Negara (NTP), beliau dapat me­nimba pengalaman berharga dalam bidang kejuruteraan di beberapa negara seperti Qatar, Brazil dan Perancis, selepas sahaja tamat pe­ngajian di Universiti Teknologi Pe­tronas (UTP).

“Selepas pulang dari Schlumberger, saya bersama Talent Corp kerana ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagaimana menguruskan operasi kejurute­raan di Malaysia.

“Sektor kejuruteraan didominasi oleh lelaki tetapi saya percaya ramai wanita muda yang berbakat di Malaysia dan saya tidak malu berada dalam bidang ini kerana negara kita sangat menyokong dan saya percaya semua orang boleh berjaya di negara ini,” katanya.

Kisah kejayaan Anniza antara yang menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Laporan Program Transformasi Negara 2016 malam tadi.

Sementara itu, Pengerusi Maybank, Datuk Mohaiyani Shamsudin berkata, beliau yang dilantik sebagai wanita pertama menge­tuai kumpulan bank terbesar di Malaysia itu menganggap kejayaan dirinya sebagai satu ke­puasan yang tidak terhingga dan sangat membanggakan.

“Saya puas dengan kejayaan yang dikecapi dan ia boleh dijadikan satu inspirasi untuk wanita lain turut melakar kejayaan. Sebenarnya, tak ada perkara yang kita tak boleh buat, ramai wanita yang berjaya dan secara jujurnya saya tak pernah rasa ada diskriminasi kaum dalam kerja,” katanya.

Mohaiyani berkata, fasiliti yang disediakan kerajaan untuk ibu yang bekerja juga memudahkan lagi wanita untuk lebih cemerlang dalam pekerjaan.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, beliau cukup berpuas hati dengan pencapaian Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) di bawah kementeriannya yang membuahkan hasil.

Jelasnya, setiap kali laporan mengenai transformasi negara dikeluarkan, jumlah rakyat yang mendapat manfaat melalui program 1Azam itu terus meningkat dengan jayanya.

Beliau turut berbangga dengan pencapaian meningkatkan pengli­mbuat dasar dan wanita yang memegang jawatan tinggi yang mening­kat dengan begitu ketara. – BERNAMA

“Ini menunjukkan hasil program-program kita untuk meningkatkan wanita dalam kerjaya dapat kita capai dan memang kita akan teruskan usaha ini kerana KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) bagi kementerian saya masih diteruskan iaitu menjelang tahun 2020 saya harus memastikan 59 peratus wanita Malaysia ada dalam dunia pekerjaan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain