Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Novelis saman Ziela Jalil

Penulis Novel, Siti Rosmizah Semail (tiga dari kanan) bersama
Penulis Novel, Siti Rosmizah Semail (tiga dari kanan) bersama barisan peguam yang mewakilinya berhubung kes saman fitnah terhadap Ziela Jalil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. utusan/ Farid Janudin

KUALA LUMPUR 27 April – Bagi membersihkan namanya yang didakwa telah tercemar ekoran beberapa kenyataan dikatakan berbaur fitnah, penulis novel 7 Hari Mencintaiku, Siti Rosmizah Semail mengambil keputusan menyaman penerbit drama, Datuk Ziela Jalil bagi menuntut ganti rugi RM10 juta.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Chambers of Rafie Mohd. Shafie & Associates di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Siti Rosmizah mendakwa, Ziela atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil yang juga penerbit Pena Creative Pictures Sdn. Bhd. telah menggunakan aplikasi Instagram dengan menulis tiga ke­nyataan yang memfitnah dirinya antara 9 Februari dan 10 April lalu.

Plaintif juga mendakwa pihak defendan memberi kenyataan memfitnah yang diterbitkan dalam sisipan Pancaindera, akhbar Mingguan Malaysia, pada 16 April lalu.

Siti Rosmizah mendakwa kenyataan itu secara tersurat atau tersirat antara lain memberi maksud, dia seorang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan, tidak jujur, pentingkan diri sendiri dan suka mengarah.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain