Dalam masa sama, Fasha berjanji tidak akan bertindak sedemikian rupa pada masa depan.

Janji dan ikrar Fasha itu terkandung dalam akujanji yang dinyatakannya dalam menyelesaikan saman bernilai RM10 juta yang dikemukakan Nora ke atas dirinya.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan mahkamah itu juga, Fasha berkata, walaupun perkongsiannya di laman sosial tempoh hari tidak meletakkan nama sesiapa namum dia percaya ramai yang beranggapan kenyataan tersebut ditujukan kepada Nora.

“Saya Nur Fasha Sandha Hassan secara tiada paksaan ingin memohon maaf di atas posting berkenaan di laman sosial Instagram saya kerana menyiarkan 'posting' yang didakwan memberi impak negatif terhadap reputasi Nora Mohd Danish dan syarikatnya Danish Empire Sdn. Bhd. serta jenamanya OwlbyND,” akuinya.

Sementara itu, Nora dalam reaksinya pula memberitahu, dia menerima pemohonan maaf Fasha sebagai menghormati kemuliaan bulan Ramadan.

Jelas Nora, dia turut menerima permohonan maaf pelakon drama Selamat Pengantin Madu itu bersama akujanji yang dibuatnya pada 22 Mei lalu.

“Saya ingin menyatakan bahawa pada 22.5.2018 saya telah menerima permintaan maaf yang direkodkan di mahkamah bersama akujanjinya untuk tidak lagi akan membuat penyiaran fitnah terhadap syarikat saya, keluarga saya serta diri saya sendiri.

“Semua pihak telah menyelesaikan perkara ini seperti yang tertera dalam Penghakiman Persetujuan di Mahkamah.

“Memandangkan bulan mulia Ramadan, saya memutuskan untuk membiarkan perkara ini berakhir begitu sahaja,” kata Nora lagi. - UTUSAN ONLINE