Menurut beliau, perbincangan tentang kegiatan itu turut melibatkan Gabenor BNM serta timbalannya.

“Selain itu, ada taklimat dalam Jawatankuasa Rizab Luar BNM dan mesyuarat pengurusan kanan,” katanya ketika memberi keterangan sebagai saksi dalam prosiding pendengaran di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh BNM sekitar tahun 1990-an di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE