Beliau yang sepatutnya mencapai umur persaraan 60 tahun pada 17 Mac ini, berterima kasih kepada kerajaan dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

“Ini merupakan satu ama­nah dan saya akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada negara di bawah kepemimpinan Ketua Polis Negara.

“Saya akan memikul tanggungjawab ini bagi memastikan PDRM terus kuat berlandaskan mi­si dan visi pasukan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu majlis di Putrajaya hari ini me­ngumumkan perkhidmatan Noor Rashid akan disambung selama setahun.

Kerajaan ketika ini sedang menunggu surat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berhubung perkara tersebut.

Akhbar sebelum ini melaporkan khabar a­ngin mengenai perkhid­matan Noor Rashid bakal dilanjutkan bagi memperkukuhkan persiapan PDRM dalam menjalankan persiapan pilihan raya umum.