Ibu kepada Nur Amina Aisyah yang dikenali sebagai Nisah Dollah, 33, dipercayai warga Thailand amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah mendapatkan sijil lahir yang sah.

Hasnah Harun, 49, berkata, dia sukar untuk melakukan banyak urusan melibatkan anak

NUR AMINA AISYAH dan Hasnah Harun menunjukkan sijil kelahiran
NUR AMINA AISYAH dan Hasnah Harun menunjukkan sijil kelahiran sementara ketika ditemui di Kota Bharu, semalam.  UTUSAN/GHAZALI BASRI

angkatnya disebabkan masalah tersebut khususnya ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Katanya, kanak-kanak yang diambil sejak dilahirkan itu akan mengalami masalah yang lebih rumit selepas ini terutama ketika mahu mendaftar sekolah pada tahun depan.

“Nisah dikatakan berkahwin de­ngan warga tempatan. Kali terakhir saya bertemu Nisah pada tahun 2014 namun wanita itu gagal dikesan sehingga ke hari ini walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.

“Setiap kali memikirkan masa depan Nur Amina Aisyah, saya akan menitiskan air mata kerana tanpa dokumen pengenalan diri yang sah. Hal ini kerana Nur Amina Aisyah akan berdepan masalah kelak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hasnah memberitahu, disebabkan tidak mempunyai dokumen yang sah Nur Amina Aisyah terpaksa mendapatkan rawatan kesihatan di klinik swasta.

Katanya, dia amat berharap ibu kepada kanak-kanak ini menghubunginya secepat mungkin bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Orang ramai yang mempunyai mak­lumat mengenai Nisah diminta menghubungi Hasnah di talian 019-9122457 secepat mungkin.