NIOSH seru laksanakan KKP
Lee Lam Thye

Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, insiden pelajar melecur selepas tersiram air panas ketika latihan amali sains menunjukkan aspek keselamatan di sekolah masih rendah dan perlu diperbaiki.

“Seperti yang saya sering tegaskan sebelum ini, kemalangan sebegini boleh dicegah jika mereka yang bertanggungjawab memberikan keutamaan terhadap aspek KKP.

“Jika HIRARC diamalkan, para guru dan pelajar sudah pastinya dapat memahami bahawa penggunaan cerek elektrik merupakan aktiviti berisiko tinggi sekiranya tidak dikendalikan dengan betul dan mereka perlu mengambil langkah-langkah bersesuaian untuk mengelak berlakunya kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas kejadian seorang murid lelaki berusia lapan tahun melecur pada bahagian badanakibat terkena air panas yang tumpah ketika menjalankan latihan di makmal sains sebuah sekolah di Sitiawan, Perak. - UTUSAN ONLINE