LEE LAM THYE

Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye dalam satu kenyataan berkata, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot memaklumkan kerjasama itu akan dilaksanakan pada masa yang sesuai dalam pelbagai hal berkaitan penyelidikan dan pem­bangunan serta aspek-aspek lain.

“NIOSH Amerika Syarikat dan NIOSH Malaysia berkongsi matlamat yang sama untuk memastikan ke­adaan kerja yang selamat dan sihat bagi tenaga kerja serta menjaga sumber manusia dengan sebaik mungkin,” katanya dalam kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut Lam Thye, usaha itu dibuat selepas Richard mengetuai perwakilan NIOSH mengadakan lawatan ke Pusat Kawalan Penyakit (CDC) NIOSH Amerika Syarikat di Cincinnati, Ohio.

Katanya, lawatan yang turut disertainya dan Setiausaha Eksekutif NIOSH, Ayop Salleh itu bertujuan mengkaji hasil kerja CDC berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

“Delegasi Malaysia bertukar pandangan dengan NIOSH Amerika Syarikat mengenai pengetahuan dan penyelidikan dalam amalan di tempat kerja untuk mengelakkan kecederaan, penyakit dan kematian yang berkaitan dengan pekerja,” katanya.