Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kementerian Pendidikan tidak boleh dibiarkan bersendirian dalam melihat aspek keselamatan di sekolah-sekolah tetapi sebaliknya perlu dibantu oleh pihak lain termasuk NIOSH.

“Kita mahu anak-anak kita selamat dan berada pada tahap kesihatan yang terbaik. Kita juga jangan lupa dengan golongan guru yang merupakan sebahagian daripada itu,” katanya berucap merasmikan Persidangan serta Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kali Ke-20 (COSH2017) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE