Graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Pengajian Quran dan Sunnah) itu kembali dengan berita yang menggembirakan selepas dikatakan 'hilang' kerana terus menyepi tanpa khabar selepas menyambung pengajian di di Jordan dan United Kingdom sebelum memilih UIAM.

Pada majlis konvokesyen itu, beliau merupakan salah seorang daripada 5,413 graduan UIAM yang menerima ijazah masing-masing yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Gabenor universiti itu, Gamal Abdelrehim Mohamed Metwally.

Walau bagaimanapun, usaha Utusan Online untuk menemubual beliau tidak berjaya.

Menurut ahli keluarga beliau yang enggan dikenali ketika ditemui, Nik Nur Madihah kini aktif mengadakan kelas tuisyen kepada mahasiswa-mahasiswa selain terlibat dengan program keusahawanan di kampus.

Kejayaan beliau 10 tahun lalu telah mendapat perhatian banyak pihak apabila mencatat sejarah pencapaian tertinggi dengan memperoleh 19A1 dan 1A2 walaupun kehidupannya dilingkari kemiskinan. - UTUSAN ONLINE