Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Nik Adila cari ibu bapa terpisah 21 tahun lalu

 Nik Adila Mat Radzuan 2
Nik Adila Mat Radzuan

SHAH ALAM 10 Julai – Ditinggalkan ibu dan bapanya sejak usia enam bulan akibat masalah keluarga, rasa rindu serta kasih Nik Adila Mat Radzuan, 21, (gambar) terhadap kedua-dua orang tuanya kini tidak mampu dibendung lagi.

Meskipun mengakui bersarang rasa kecewa dalam hatinya kerana diperlakukan begitu sehingga tidak pernah merasai kasih sayang daripada ibu dan bapa, Nik Adila berkata, dia kini hanya mahu bersatu kembali dengan keluarganya.

“Mak, ayah baliklah... Adila amat memerlukan mak dan ayah, Adila tidak lagi sanggup hidup sendiri tanpa kasih sayang dan perlindungan mak dan ayah,” katanya yang tidak pernah putus asa menjejaki kedua orang tuanya itu.

Jelas gadis yang kini be­kerja di sebuah klinik swasta itu, bapanya, Mat Radzuan Abd. Aziz, 44, dan ibunya, Tuan Rohayani Tuan Malik, 46, meninggalkan dia kepada neneknya kira-kira 21 tahun lalu.

“Ayah terlebih dahulu mening­galkan saya dan mak di rumah nenek sebelum mak pula meninggalkan saya dengan alasan mahu keluar mencari kerja.

“Sejak itu kedua-dua­nya tidak lagi pernah kembali atau mengirim sebarang berita menye­babkan saya dibesarkan oleh ne­nek,” katanya.

Mengulas lanjut Nik Adila memberitahu, ayah­nya berasal dari Felda Kam­pung Sertik, Karak, Pahang ma­nakala ibunya pula berasal dari Thailand.

Katanya, mereka sekeluarga telah melakukan pelbagai usaha untuk mengesan ibu bapa kandungnya, tetapi sehingga kini masih gagal.

Sehubungan itu, Nik Adila berharap mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai ibu bapa kandungnya agar dapat menghubungi bapa saudaranya, Mohd. Sukri Abd. Aziz di talian 017-9868311.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain