Aminuddin Omar
Aminuddin Omar

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar berkata, keputusan itu diambil berikutan keyakinan KFA terhadap kemampuan Muhammad Nidzam membimbing pasukan.

“Keputusan ini bermakna kami tidak akan mencari jurulatih baharu dengan Muhammad Nidzam akan diberi kepercayaan untuk mengendalikan pasukan sehingga hujung musim.

“Insya Allah surat berkaitan pelantikannya itu akan diserahkan dalam tempoh sehari dua ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Chit Chat Ekspresi Ilmu di Dewan Jitra di sini, hari ini.

Mengulas kedudukan Marcote yang ditawarkan jawatan Ketua Jurulatih Pembangunan Bola Sepak KFA sebelum ini, Aminuddin berkata perbincangan antara kedua-dua pihak masih berjalan.

“Tawaran sudah dibuat tetapi terdapat beberapa terma yang masih menjadi perbincangan antara kami,” katanya. - UTUSAN ONLINE