Presiden PMB, Datuk Lokman Noor Adam berkata, perhimpunan itu bagi membantah sekeras-kerasnya beberapa golongan tertentu yang bertindak memperlekeh, menghina dan mengaibkan Yang di-Pertuan Agong serta kedaulatan institusi raja-raja Melayu.

"Munculnya individu seperti Kadir Jasin dan Hishamuddin Rais yang menimbulkan tuduhan berat kepada Yang di-Pertuan Agong itu adalah satu tindakan yang tidak baik.

"Ia mencerminkan sebagai 'suatu agenda sinis' kerajaan Pakatan Harapan dalam isu sensitif ini kedaulatan raja-raja serta kedudukan Islam dan orang-orang Melayu di negara ini," katanya semasa memberi ucapan dalam perhimpunan tersebut di sini hari ini.

Tambahnya, himpunan sebegini akan terus dijalankan ke seluruh negara bagi mendapatkan tanda tangan orang ramai sebagai sokongan untuk mempertahankan Institusi Islam dan Raja-Raja Melayu.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd.  Salleh; Timbalan Presiden PMB, Datuk Azwandin Hamzah; Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat (PPP), Dr.  Mohd.  Zuhdi Marzuki serta beberapa individu mewakili NGO lain.-UTUSAN ONLINE