Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

NGO mahu kecemerlangan polis diteruskan

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Per­tubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong pelantikan Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun selain berharap kecemerlangan pasukan beruniform itu dapat diteruskan.

Faizan Mohd. Nor

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Da­tuk Nadzim Johan berkata, Mohamad Fuzi merupakan seorang yang berpengalaman luas dan cukup hebat dalam ke­pimpinannya.

Malah, beliau berharap pelantikan ini dapat menyuntik semangat baharu dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan tugas dengan lebih baik.

“Pelantikan ini dapat meningkatkan integriti pasukan polis selain Mohamad Fuzi juga dikenali sebagai memiliki kewibawaan dan sangat dihormati.

“Saya berdoa agar PDRM akan menjadi lebih baik selain mendapat sebuah kepimpinan yang cukup berpengalaman,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad Fuzi sebelum ini me­rupakan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib bermula hari ini.

Majlis serah terima tugas diikuti penyerahan tongkat kuasa diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, Suruhanjaya Pasukan Polis telah memutuskan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim kekal sebagai Timbalan Ketua Polis dengan perjawatan baru dinaikkan kepada Turus III manakala Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dilantik ke jawatan Pengarah Cawangan Khas.

Sementara itu, Ketua Pe­ngarah Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan, Faizan Mohd. Nor berpendapat, Mohamad Fuzi perlu meneruskan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kepim­pinan terdahulu selain membuat nilai tambah yang lebih baik.

Menurutnya, dasar-dasar sedia ada sudah cukup baik dalam membanteras jenayah serta me­ngekang keganasan militan Daesh di negara ini.

“Saya yakin rakyat semakin menyakini PDRM dalam membanteras jenayah di negara ini. Dasar-dasar yang diperkenalkan pada waktu ini sudah cukup baik dan perlu diteruskan. Tidak perlu perubahan dasar yang drastik bagi menjamin kecemerlangan PDRM,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain