JAIS ABDUL KARIM
JAIS ABDUL KARIM

Presiden Pemerhati Ra­suah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, berita-berita fitnah atau melampaui batas sedemikian perlu ditapis terlebih dahulu walau­pun media sosial mempunyai hak kebebasan bersuara.

“Sekarang ini, mereka (Ma­­­­lay­siakini) se­olah-olah memiliki lesen be­­­sar untuk meng­­hentam sesiapa sa­ha­ja yang menyo­kong kerajaan. Tutup terus sekiranya portal itu menjadi ejen dari luar negara,” ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Mingguan Malaysia dalam ruangan Awang Selamat semalam mempersoalkan tindakan Malaysiakini yang secara aktif menyiarkan banyak komentar pembaca yang liar termasuk mencabar ke­pu­­tusan mahkamah.

RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA AHMAD YAACOB
RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA AHMAD YAACOB

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Ahmad Yaacob berkata, kerajaan digesa memberi per­ingatan kepada Malaysiakini yang dilihat tidak sensitif termasuk memainkan sentimen berbahaya serta memaparkan pandangan-pandangan ne­­­­­ga­­tif netizen.

Katanya, peringatan perlu di­berikan kepada Malaysiakini ke­rana portal itu didapati sudah me­­lampau,” katanya.