Pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Ketua Kampung, Abd. Manap Md. Zin dengan disaksikan lebih 300 penduduk kampung terbabit.

Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican berkata, usaha keras beliau membantu masyarakat muslim di Asia Tenggara selama ini terbalas dengan pengiktirafan tersebut.

“Sehingga tahun ini kami telah membina 3,500 telaga air, lima masjid dan tiga sekolah tahfiz di sekitar Kemboja yang dapat memberi manfaat kepada berpuluh ribu penduduk di sana.

“Penyaluran bantuan ini tidak hanya tertumpu kepada mereka yang beragama Islam kerana kami juga menyumbangkan sumbangan berbentuk keperluan makanan seperti beras kepada masyarakat Kemboja tanpa mengira agama,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mustapha Ahmad juga bercadang membekalkan komputer kepada semua sekolah tahfiz yang terdapat di sana sebagai usaha memastikan pelajar terbabit tidak ketinggalan dari segi teknologi.

Selain itu, katanya, pada tahun hadapan pertubuhannya juga akan membina sebuah lagi masjid di kawasan pedalaman di Kemboja. - UTUSAN ONLINE