Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, satu pertemuan antara kementeriannya dengan semua pihak terlibat termasuk pemegang saham akan diadakan bulan depan.

"Model baharu bagi pelaksanaan program itu akan mengguna pakai model yang digunakan beberapa negara pengeluar lembu.

"Antara negara tersebut termasuk New Zealand, Australia, China, India dan Thailand," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Pulai di Tapak Bazar Ramadan Perling Mall, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE