Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Hunter Nottage berkata, Perdana Menterinya, Jacinda Ardern dan seluruh rakyat negara itu merasai keperitan berkenaan selain merakamkan rasa simpati terhadap insiden yang menyayat hati tersebut.

Beliau malah berkata, pihaknya bagaimanapun berterima kasih kepada Malaysia yang menganjurkan program Solidariti Kedamaian bagi memperingati mangsa-mangsa yang terlibat selain menolak keganasan.

“Lapan hari lalu, New Zealand menghadapi tempoh yang mengerikan dan serangan tidak berhati perut daripada pengganas. New Zealand berasa sangat sedih.

Seluruh New Zealand berasa sedih. Terima kasih kerana berada di sini untuk solidariti untuk keamanan.

“Di New Zealand, terdapat banyak perhimpunan awam seperti ini (Solidariti Keamanan) dan banyak ratapan. Semalam, merupakan refleksi seluruh negara apabila seluruh rakyat diminta untuk berdoa. A minute of silence (bertafakur),” katanya sewaktu berucap pada program Solidariti Kedamaian yang berlangsung di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Kira-kira 2,000 hadiri menyertai program itu dan mereka mengenakan pakaian serba putih sebagai tanda sokongan.- UTUSAN ONLINE