Menurut mereka pendedahan tersebut sekadar mewujudkan satu persepsi buruk kepada bekas Perdana Menteri itu dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Seorang netizen yang dikenali sebagai Hakim Haris berkata, pendedahan itu seperti mencipta persepsi buruk serta berniat jahat terhadap Najib.

“Bukankah milik beberapa individu!???? Jangan cipta persepsi buruk berniat jahat terhadap DSNR (Datuk Seri Najib Tun Razak). Ok nilai harta RM1.1 billion.

“Berapa DS Najib punya, Berapa anak-anak dia punya, Berapa Tan Sri punya, berapa Puan Sri Cindy punya, Berapa Pavillion punya, Berapa hantaran kahwin, Berapa barang baby (bayi), berapa yang betul-betul 1MDB punya? tolong precise boleh?,” katanya.

Seorang lagi netizen, Nik Roziana Rahim menganggap jumlah nilai rampasan tersebut boleh dianggap sebagai spekulasi.

“Patutnya dah terbukti bersalah oleh mahkamah baru boleh buat pc (sidang akhbar) besar-besaran untuk satu dunia. Ini sekadar nilaikan barang-barang rampasan jer..tak pasal-pasal orang lain dapat dosa dok mengutuk...selagi belum dapati bersalah or whatever (apa saja)..kes ini d anggap ‘speculation’ (spekulasi),” ujarnya.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mendedahkan rampasan dengan nilai keseluruhan mencecah RM900 juta hingga RM1.1 bilion itu melibatkan barangan kemas bernilai RM880 juta, ratusan beg tangan mewah bernilai RM51.3 juta dan pelbagai mata wang asing dari 26 negara berjumlah RM116.7 juta.

Rampasan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi pertikaian netizen dalam media sosial.

Bagi seorang lagi netizen dikenali Saiful Bahri Abdul Muti, apakah bukti rampasan itu merupakan duit daripada 1MDB dan mempersoalkan setakat menuduh siapa-siapa pun boleh buat.

Seorang lagi netizen, Orkid Rimba menganggap perkara itu merupakan fitnah akhir zaman.

“Sifat dendam, dengki punca tercetusnya fitnah untuk jatuhkan seseorang dimata dunia..dosa fitnah lebih berat daripada membunuh,” ujarnya.

Seorang netizen, AZ Jahar yang turut mengulas isu tersebut menyifatkan perkara berkenaan tidak perlu didedahkan kerana mendatangkan malu kepada bekas perdana menteri itu.

“Tak payahlah dedahkan dan malukan mereka pada khalayak, ambil tindakan dan dakwa, barulah awak dikatakan hero, atau ada unsur-unsur semacam dendam kesumat yang belum berbayar,” katanya. - UTUSAN ONLINE