Rata-rata netizen melahirkan rasa tidak puas hati menerusi laman media sosial bahkan ada dalam kalangan mereka mendakwa kebajikan golongan itu telah diketepikan.

Seorang netizen yang dikenali sebagai Saufi Opie berasa kasihan dengan nasib orang bujang meskipun ramai golongan itu telah mengundi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Bujang yang ramai undi PH, akhirnya bujang juga yang diketepikan.” katanya.

Seorang lagi netizen, Zakri Kulaan mempersoalkan keputusan kerajaan yang meletakkan orang bujang di bawah kategori pemohon yang tidak layak menerima BSH.

“Kesian yang bujang, ingat yang bujang tidak ada yang miskin ke? ada tanggungan mak bapa, hidup kais pagi makan pagi, mungkin PH fikir bujang sara diri sendiri saja tak payah bagi bantuan.” katanya.

Menurut Nabillah Sapar, nasib orang bujang terus dianaktirikan apabila harapan untuk tidak perlu membayar pinjaman Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak dilaksanakan malah dibebankan pula dengan kegagalan menerima BSH.

“Kesian bujang, harapkan PTPTN mansuh, rupanya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mansuh,” katanya.

Berdasarkan laman web bsh.hasil.gov.my, golongan bujang yang mempunyai tanggungan antara kategori pemohon yang tidak layak menerima bayaran BSH 2019.

Jelas laman web rasmi itu, tiga golongan tidak layak menerima bantuan tersebut adalah berkahwin dengan pasangan bukan warganegara Malaysia, bujang atau ibu bapa tunggal tiada tanggungan dan bujang yang mempunyai tanggungan. - UTUSAN ONLINE