Bagi nelayan sepertinya, hasil laut adalah sumber utama pendapatan, namun sejak dua ming­gu lalu, dia dan kira-kira 60 nelayan lain tidak dapat turun ke laut menangkap ikan ekoran cuaca tidak menentu.

Menurut Ismail, pendapa­t­an mereka kini terjejas dan ke­­hi­­dupan semakin terhimpit kerana perlu menyara keluarga masing-masing.

JANTAN DOLLAH
JANTAN DOLLAH 

‘‘Sekarang musim ribut, kalau turun juga umpama menempah maut kerana angin kuat dan ombak besar. Sudah dua ming­gu kami tak menangkap ikan.

‘‘Kami tidak ada pendapatan lain, terpaksalah gadai barang kemas yang ada untuk tampung perbelanjaan keluarga. Harap selepas ini boleh ke laut secepat mungkin,’’ katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, nelayan di kawasan itu bukan hanya berdepan masalah cuaca buruk, malah pada hari biasa pun jumlah hasil tangkapan semakin merosot akibat pencemaran di kawasan berhampiran pantai.

ISMAIL MOHAMAD
ISMAIL MOHAMAD 

‘‘Tangkapan tidak seperti dulu, sangat sedikit. Laut di sini tercemar kerana ada satu syarikat membuang sisa kimia sehingga memberi kesan kepada nelayan-nelayan,’’ dakwanya.

Seorang lagi nelayan yang berdepan nasib serupa, Jantan Dollah, 71, berkata, subsidi yang kini diterima nelayan sebanyak RM300 sebulan tidak mencu­kupi untuk menampung kena­ik­an kos hidup ketika ini.

‘‘Kalau sudah berminggu-minggu tidak turun ke laut, RM300 itu tak cukup. Terpak­salah meminjam duit kawan-kawan. Malangnya subsidi hanya untuk nelayan yang mempunyai lesen dan mereka yang tiada lesen tidak layak sedangkan mereka juga

susah,’’ ujarnya.

Seorang lagi nelayan, Ngayo­man Jamorin, 57, pula membangkitkan isu ancaman lanun dan nelayan asing yang seolah-olah bebas memasuki perairan negara sehingga menjejaskan nelayan tempatan.

‘‘Kami turun ke laut pada waktu subuh kadangkala sampai ke malam. Ini amat memba­ha­yakan nyawa kami. Pihak berkuasa negara kita mesti lebih tegas kerana lanun dan nelayan asing ini tidak gentar menceroboh perairan negara,’’ ujarnya.

Ngayoman turut meminta kerajaan negeri mengambil perhatian terhadap kemudahan di jeti nelayan yang telah berusia 23 tahun dan semakin usang.