Mangsa, Muaz Abdul Mutalib, 20, dipercayai terjatuh semasa cuba menyelamatkan botnya yang sedang dihanyutkan arus ketika kejadian.


Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pangkalan Batu Pahat, Leftenan Komander Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pihaknya setelah menerima laporan tersebut kira-kira pukul 3.30 petang daripada bapa mangsa.


“Sebuah bot ronda Maritim Malaysia digerakan untuk menjalankan operasi SAR serta dibantu oleh sebuah bot Pasukan Polis Marin dan beberapa bot milik penduduk kampung,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.


Difahamkan, operasi SAR masih dijalankan Maritim Malaysia dan agensi lain setakat pukul 8.30 malam ini.


Sementara itu, Muhammad Zulkarnain mengingatkan komuniti maritim yang keluar ke laut untuk membuat sebarang aktiviti agar sentiasa mengutamakan dan menitikberatkan soal keselamatan.


“Mereka hendaklah memastikan peralatan seperti jaket keselamatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan dipakai semasa melakukan aktiviti,” katanya.-UTUSAN ONLINE