Nelayan tersebut, Kamaruzaman Awi, 47, berkata, ketika ditahan, dia bersama-sama tiga kru kapal yang lain, namun tiga rakannya itu dibebaskan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kerana membantu urusan saya sepanjang ditahan di sana.

“Selepas ini, saya akan terus pulang ke Dungun untuk bertemu anak-anak dan isteri,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub memaklumkan setakat tahun ini, seramai lima nelayan tempatan telah dibebaskan pihak berkuasa Indonesia.

“Dijangka seorang lagi nelayan tempatan yang masih ditahan akan dibebaskan September ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE