Pengerusinya, Ahmad Rudin Hussain berkata, dengan penang­guhan tersebut pengusaha bot nelayan dapat menjimatkan kos sebanyak RM1,500 yang dikenakan untuk setiap pekerja asing yang diambil be­­kerja.

“Nekmat mewakili nelayan seluruh negara merakamkan terima kasih kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek khususnya kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah mengumumkan penangguhan pelaksanaan PLKS.

“Atas keprihatinan kerajaan ini, saya menyeru kepada semua nelayan meningkatkan usaha dan bekerjasama untuk memastikan hasil tangkapan dapat ditingkatkan dan terus dijual kepada rakyat pada harga yang berpatutan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.