Menurutnya, sikap terpuji dimiliki baginda terutamanya daripada aspek disiplin dan ketepatan masa wajib dicontohi oleh setiap individu yang bergelar pemimpin.

"Saya merafak sembah takziah kepada Sultanah Hajah Haminah Hamidun serta seluruh kerabat Diraja Kedah.

"Saya masih ingat ketika menghantar baginda berangkat pulang selepas menamatkan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong tahun lalu, baginda berpesan supaya terus membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain memastikan keharmonian serta keselamatan Malaysia. Insya Allah pesanan itu takkan saya lupakan," katanya.-UTUSAN ONLINE