Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, penglibatan rakyat dalm penjagaan kesihatan, sama ada secara individu atau kolektif adalah antara strategi utama sebagai satu pendekatan untuk menangani masalah kesihatan secara holistik.

“Kita telah mewujudkan badan perhubungan yang dianggotai oleh wakil-wakil masyarakat bagi membantu menggerakkan sumber yang terdapat dalam masyarakat.

“Ia seterusnya telah berkembang sebagaimana yang kita lihat pada hari ini, dengan penubuhan Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sukan dan Antidadah negeri, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim serta Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ghazali Othman. - UTUSAN ONLINE

Harith Nizar