NEELOFA
NEELOFA

Menerusi kapsyen pada salah satu gambar yang dimuat naik oleh kakaknya, Noor Nabila di akaun Instagram, penghormatan tersebut dianggap sebagai salah satu pencapaian terbaik pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu.

“Rakyat Malaysia pertama diberikan penghormatan sebagai tetamu pada majlis Swarovski Crystal Wonderland Party sempena Minggu Fesyen Milan.

“Satu lagi pencapaian yang menakjubkan oleh Neelofa. Kejayaannya kini tiada batasan. Beliau be­rada dalam liga antarabangsa setaraf dengan selebriti terkenal lain.

“Mereka turut memberikannya penghormatan apabila hadir bersama model ter­kenal, Karlie Kloss dan Pengarah Kreatif Swarovski, Nathalie Colin,” demikian dinyatakan dalam akaun Instagramnya.

Berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik dalam laman sosialnya, Neelofa turut berkesempatan bertemu dengan peragawati terkenal, Karlie Kloss.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan reaksi Neelofa gagal kerana difahamkan beliau dalam penerba­ngan pulang ke tanah air.