Bercakap kepada Utusan Malaysia, pelakon kacak itu turut memberitahu bahawa gosip mereka bercinta di luar set penggambaran adalah sama sekali tidak benar.

“Sebagai pelakon, kami berdua sedaya upaya untuk dapatkan ke­serasian bersama bagi mendalami perasaan pasangan bercinta.

“Saya bersyukur, antara saya dan Neelofa mudah untuk mendapatkan mood itu seperti mana yang dikehendaki pengarah, Michael Ang.

“Bagaimanapun, perasaan itu tidak terbawa-bawa sehingga ke luar lokasi penggambaran,” ka­ta­nya.

Fattah yang masih lagi sedang menjalani penggambaran siri tersebut memohon agar khala­yak tidak salah faham dan berhenti menyebarkan spekulasi.

Mengulas lanjut gandingan sulungnya dengan Neelofa, dia akui teruja diberikan peluang tersebut memandangkan usaha­wan tudung itu antara aktres yang dikenali ramai.

Dalam pada itu, pengarah drama tersebut, Michael Ang turut menga­kui dia gemar melihat momen romantis yang ditunjukkan kedua-dua pelakon tersebut semasa sesi penggambaran drama itu.

“Ya, mereka berdua memang hangat ‘bercinta’. Saya rasa pe­minat pun suka dengar berita percintaan mereka ini. Apatah lagi, kedua-duanya mengaku so­lo sebelum ini.

“Jadi tidak salah rasanya jika Fattah dan Neelofa meneruskan jalinan cinta yang terbina di luar set penggambaran, dalam dunia realiti mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Neelofa enggan memberikan sebarang ke­nyataan mengenai desas-desus hubungannya dengan Fattah yang kini heboh diperkatakan.

“Maaf tidak dapat angkat panggilan. Saya di set sekarang” ujar­nya kepada Utusan Malaysia.

Pengacara tersebut kini sedang sibuk di set penggambaran drama sama yang dijadualkan hanya ber­akhir pada 20 Oktober depan.

Siri Suri Hati Mr. Pilot terbitan Cube Film mula disiarkan di saluran Astro Ria setiap hari bermula hari ini, pukul 10 malam.

Ada yang beranggapan, kisah cinta di luar set antara dua pelakon ini sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu bagi menaikkan rating drama bersiri tersebut.