Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd. Noor menerima Anugerah Penghias Muka Hadapan Inspirasi manakala Farahdhiya Mohamed Amin atau Farahdhiya menerima Anugerah Penghias Muka Hadapan Versatil dan Nur Suhada Jebat atau Ayda Jebat pula menerima Anugerah Penghias Muka Hadapan Sensasi.

Turut diperkenalkan dua lagi anugerah untuk finalis Gadis Panca NR iaitu Anugerah Khas Utusan Online yang dimenangi oleh Silfeny Mohd. Osman, 25, dari Medan, Indonesia manakala Anugerah Pereka Fesyen Terbaik dimenangi oleh pereka Istana Putih yang busananya digayakan oleh finalis, Nurfaraazira Yusri dari Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Silfeny menerima undian tertinggi secara dalam talian menerusi Utusan Online yang secara langsung membawa maksud finalis Gadis Panca NR itu paling popular dalam talian.

Seramai 12 peserta berjaya ke peringkat akhir Gadis Panca NR 2017 dan pertandingan akhir itu dijalankan di Dewan Besar Ibu pejabat Utusan Me­layu (M) Bhd. di sini.

Penuntut tahun akhir Diploma Komunikasi Media Ba­haru dan Keusahawanan Kan­dungan, Universiti Tek­nologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka, Siti Khadijah Abdul Ha­lim dinobatkan sebagai juara sulung Gadis Panca NR.

Penaja utama pertandingan itu ialah NR manakala penaja bersama adalah Aspire Travel Sdn. Bhd., A. Aida Production dan Epie Temerloh & Team.