Neelofa, 27 berkata, penggambaran drama tersebut dijadualkan bermula selepas sambutan hari raya Aidilfitri tidak lama lagi dan akan ditayangkan di Astro.

“Ya, memang saya akan masuk set untuk drama Red Velvet selepas hari raya nanti. Kali ini saya akan bergandingan dengan Alif Satar. Satu gandingan yang lebih segar dan jalan cerita ini juga menarik.

“Setakat ini, saya dan Alif sudah bersetuju. Cuma menunggu pengesahan beberapa pelakon lain,” katanya kepada UTUSAN ONLINE. - UTUSAN ONLINE