Difahamkan, beliau memberikan kenyataan itu hampir dua jam setengah bermula kira-kira pukul 11 pagi ini kepada pegawai penyiasat suruhanjaya berkenaan.

Sejurus selepas itu, para pegawai SPRM kemudiannya memasuki Pejabat Bendahari Unisel dipercayai untuk meneliti dokumen-dokumen yang dikaitkan dengan penyelesaian kontrak membabitkan jumlah puluhan juta ringgit.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Korporat Unisel, Hasril Abu Hassan ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara berkenaan selain menyatakan pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada SPRM. - UTUSAN ONLINE