Nawi, 61, yang berasal dari kampung Banggol Nyior Gemuroh Kuala Nerus, dan baru lapan bulan bersara setelah 37 tahun berkhidmat dalam alam pendidikan menerima hadiah wang tunai RM5,000, pembiayaan mengerjakan umrah bersama isteri, set persalinan, tafsir al-Quran dan sijil penghargaan.

"Saya agak terkejut kerana tidak menyangka dipilih kerana lazimnya dalam kalangan mereka yang telah lama bersara," ujar Nawi yang dikenali sebagai guru yang sangat mencintai Bahasa Melayu.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang menyempurnakan perasmian sambutan di Stadium Tertutup Kompleka Sukan Negeri, Kuala Nerus.

Menurut beliau, minat terhadap kerjaya sebagai guru beransur tumbuh sejak kecil dengan kekaguman melihat watak dan penampilan guru serta bimbingan mereka yang dianggap menenangkannya.

Katanya, sebagai guru yang bertugas untuk mengajar dan mendidik, mereka juga perlu terus belajar untuk meningkatkan penguasaan bidang masing-masing sebagai bekalan untuk mengajar dan mendidik dengan berkesan.

Walaupun telah bersara sejak 9 Julai 2017, beliau masih berlegar dalam alam pendidikan apabila khidmatnya masih diminta oleh jabatan dan sekolah untuk terus membantu dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu.

Berikut adalah sebahagian lagi kalangan penerima anugerah dalam majlis berkenaan:

1. Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi - Zanariah Jaafar (SK Sungai Lerek Setiu)
2. Anugerah Tokoh NILAM Negeri - Kamarulmutminah Yusof (SK Bukit Wan)
3. Anugerah Guru Cemerlang STEM - Jasli Ismail (SMK Tengku Intan Zaharah)
4. Anugerah Guru Inovatif  Individu Sekolah Rendah - Mazidah Jusoh (SK Padang Mengkuang Marang)
5. Anugerah Guru Inovatif Individu Sekolah Menengah - Saripah Embong (Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin)
6. Anugerah Guru Inovatif Kumpulan Sekolah Rendah - Zatil Armah Musa, Amri Abdul Rahman (SK Rusila Marang)
7. Anugerah Guru Inovatif Kumpulan Sekolah Menengah - Zazali Mohamad, Mohamad Yusof Endut dan Nurhasyimah Fauzi (SM Sains Dungun)
8. Anugerah Pensyarah IPGM Inovatif - Dr. Ahamad Rahim (IPG Kampus Sultan Mizan)
9. Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang  (Rendah) - SK Kompleks Tembesu Kuala Nerus
10. Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang (Menengah) - SKM Paka Dungun
11. Anugerah Pengurusan PPD Cemerlang - PPD Besut
12. Anugerah Guru Unggul ETP - Norfarhana Faznor Fadzli (SMK Tengku Ampuan Intan Hulu Terengganu)
13. Anugerah Guru Cemerlang Sukan - Halizan Mat Yusof - SMK Matang, Hulu Terengganu.