Difahamkan kerajaàn Pas sebelun ini dikatakan hanya akan membayar gaji kakitangan terbabit sehingga akhir bulan lepas.

po_06 : Mohd. Nor Hamzah
MOHD. NOR HAMZAH

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah ketika ditanya berhubung perkara itu memberitahu bahawa kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh mereka sehingga 30 Jun.

Menurut beliau, pada asasnya kerajaan negeri bukan menghentikan perkhidmatan mereka, tapi kerana Atra diwujudkan atas dasar politik, maka pihaknya terpaksa mengambil penyelarasan daripada apa yang diputuskan di peringkat Pusat bahawa mana-mana organ kerajaan yang digunakan atas dasar politik dihentikan dan dibubarkan.

“Tapi kita di peringkat negeri agak berbeza, kita bagi ruang untuk kakitangan terbabit supaya mereka diberi tempoh berhari raya dengan baik dan tenang, dilanjutkan sehingga 30 Jun.

“Itupun atas status perjawatan ad hoc, manakala kakitangan kontrak dan sementara kita tidak ganggu. Kita masih lagi belum bincang samada kontrak mereka disambung atau dihentikan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Siri 1/2018 Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, di Bangunan Mahkamah Syariah Kuala Terengganu,di sini malam ini.

Yang turut hadir, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri wan Mohd.

Sebelum ini, isu beberapa pegawai kanan Atra termasuk Pengarahnya, Omar Adam dan Penolong Pengarah, Norrimusrizal Muslim masing-masing dikatakan telah menerima notis tamat perkhidmatan sebaik sahaja Pas berjaya memerintah negeri ini.

Surat bertarikh 30 April yang ditantandatangani oleh Setiausaha Bahagian (Pengurusan dan Sumber Manusia) Pejabat Setiausaha Kerajaàn Negeri, Marzuki Endut itu antara lain menyatakan perkhidmataran mereka telah ditamatkan pada 9 Mei lalu.

Omar Adam gagal dihubungi, tetapi selepas itu beliau hanya mengesahkan melalui aplikasi whatsApp.

“Saya dan beberapa staff lain telah ditamatkan serta-merta selepas Barisan Nasional kalah.

Kedudukan staff lain belum ada kata putus,” ujar Omar.

Menurut Mohd Nor, memandangkan Atra Atra diwujudkan atas dasar politik dan perjawatan juga secara ad hoc, maka maka agensi itu terpaksa ditangguhkan dan dibubarkan dahulu dengan keserasian dasar yang juga di peringkat kerajaan Persekutuan.

“Cuma yang bezanya kita beri tempoh untuk mereka (kakitangan Atra) berhari raya dengan baik dan tenang.

“Sekurang-kurangnya mereka ada masa untuk mencari kerja lain dan kemungkinan mereka boleh memohon semula untuk perjawatan jika ada agensi-agensi baharu yang kita tubuhkan selepas ini.

“Tapi setakat ini kita masih belum lagi putuskan dalam mesyuarat Exco apakah agensi kerajaan yang bakal kita wujudkan sama ada akan menggantikan Atra atau sebaliknya.

Tambah Mohd Nor, perkara itu perlu diberikan penelitian kerana Atra menampung 900 orang kakitangan dan memerlukan pembiayaan yang tinggi.

Oleh itu katanya, pihaknya terpaksa utamakan kakitangan kontrak dan sementara dahulu untuk meneruskan dasar-dasar dan polisi kerajaan.

“Walapun begitu, bukan kita hentikan mereka semata-mata, tetapi kerana Atra itu sendiri dibubarkan.InsyaAllah mereka boleh meminta peluang kerja sekiranya ada peluang selepas ini,”ujar beliau. - UTUSAN ONLINE